29 March 2011

Hujan lebat di Terengganu...

Hm... dah dua hari hujan lebat di Terengganu. Kalau difikirkan sekarang ni (bulan Mac) musim panas/kemarau..tp kuasa Tuhan mengatasi segalanya, tiba2 hujan mencurah-curah di negeri Terengganu menyebabkan beberapa kawasan telah dilanda banjir. Beberapa batang jalan raya juga turut ditutup kerana dinaiki air, termasuklah disekolahku...

Ada juga di kalangan rakan2 yg  rumah mereka dimasuki air. Harap tabah menghadapi dugaan Allah s.w.t ini. Mungkin ada hikmahNya....
Namun begitu, selepas jam 9.00 pagi, air mulai surut dgn keadaan hujan yg semakin reda... menyebabkan keadaan kembali seperti biasa. Alhamdulillah.

5 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Hm.. hari ni sambutan Maulidur Rasul diadakan di SK Sultan Sulaiman 1. W/pun agak kelewatan, namun yg penting kami sempat menyambutnya (di akhir Rabi'ul Awal... ). Alhamdulillah juga krn ramai ibu bapa dan ex-SKSS1 yg turut hadir bg memeriahkan majlis ini. Pertandingan antara kelas dibuat oleh penganjur dan kelasku iaitu 4 Aktif muncul antara kelas terbaik.. Alhamdulillah.

Bersama murid 4 Aktif/2011

Di samping dapat mengeratkan hubungan antara murid-guru-ibu bapa, majlis ini sangat bermakna bagi kt yg bergelar muslim, krn ianya mengingatkan kt tentang peristiwa2 berkaitan dgn kelahiran junjungan besar kt, Nabi Muhammad s.a.w. "Barang siapa yg berselawat sekali kepada Rasulullah s.a.w, nescaya Allah s.w.t akan berselawat sepuluh kali ke atas kamu." Maka kejarlah pahala utk bekalan di kemudian hari nanti. Wallahualam.