Ku terima sepucuk surat yg dilayangkan oleh salah seorg anak didikku. Di dalamnya terkandung pelbagai cerita duka berkaitan dgn dirinya. Tanpa ku sedari airmataku membasahi pipi, menghayati setiap patah perkataan yg ditulisnya.
Diringkaskan cerita:
Rupa2nya kekadang sbg ibu,bapa atau penjaga, kita leka dgn pekerjaan hingga lupa apa yg diingini oleh anak2 ini. Kadang2 kita lalai dan gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap mereka. Bukan apa, susah sangatkah untuk mencurahkan kasih sayang kpd mereka??? Mungkin inilah puncanya apabila meningkat remaja kelak mereka akan terlibat dgn gejala yg tidak sihat. (Na'uzubillah). Peringatan untuk kita, 'INGATLAH ANAK ADALAH AMANAH ALLAH S.W.T DAN MERUPAKAN HARTA YG TIDAK TERNILAI BUAT KITA. OLEH ITU, BERILAH TUMPUAN DAN KASIH SAYANG SERTA DIDIKLAH MEREKA DENGAN ILMU YG BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN DI DUNIA DAN BEKALAN DI AKHIRAT NANTI.'
Satu lagi, sebagai ibu bapa atau penjaga, sentiasalah memanggil anak2 ini dgn panggilan yang baik. Insya Allah, berkat dgn panggilan baik tersebut mereka akan menjadi INSAN YANG HEBAT!