2 May 2011

Hargailah Masa Terluang Sebelum Sibuk...

Semalam, 1 Mei 2011, semua warga Malaysia telah bercuti sempena Hari Pekerja. Jalanraya di bandar Kuala Terengganu juga penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada dari sekitar Terengganu mahupun dari luar Terengganu.


Kesempatan ini diambil oleh semua ibu bapa dan penjaga untuk membawa anak-anak mereka bersantai... sama ada dengan menikmati keindahan alam semula jadi seperti di Sekayu, Belukar Bukit, atau ke tempat yang agak jauh sedikit seperti Cameron Highland...,  atau mengajak anak-anak ber'shopping' ke Pasar Kedai Payang, Pasar Siti Khadijah.. atau ke SOGO Kuala Lumpur...
Pun begitu, ada juga yang hanya tinggal di rumah sahaja.... bukan apa, dikesempatan yang ada,  maybe ibu-ibu ini sibuk mencuba pelbagai resepi yang ada (kadang-kadang muncul setaraf dengan chef terkemuka)untuk dihidangkan kepada semua ahli keluarga....

Apa-apa hal rebutlah peluang dan ruang yang ada untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga... Didoakan semoga semua bahagia bersama ahli keluarga masing-masing....^_^